Peserta kontinjen PDTDBD yang terdiri dari 62 orang telah menyertai perarakan tersebut yang berlangsung di Butterworth Pulau Pinang. Disertai seramai 12 orang peserta wanita dan seramai 50 orang peserta lelaki. Perarakan sejauh 3 - 5 kilometer telah tamat dengan jayanya oleh kontinjen PDTDBD yang segak, kemas dan bergaya ketika menghayunkan tangan dengan penuh semangat patriotik.
Jumaat, 14 Oktober 2011
Majlis Serah Tugas Mantan Pegawai Daerah Kepada Pegawai Daerah Baru
Majlis ini diadakan bagi meraikan kedatangan Pegawai Daerah yang baru iaitu Encik Mohamad Daud bin Abdull Hamid dan bagi mengucapkan tahniah kepada Mantan Pegawai Daerah Encik Jusni bin Haji Ismail bagi mengenang jasa selama beliau berada di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya. Majlis ini diadakan pada 27 Julai 2011 bertempat Bilik Mesyuarat Bunga Raya yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya. Acara yang terdapat dalam majlis ini adalah penyerahan tugas dari Mantan Pegawai Daerah kepada Pegawai Daerah yang baru. Setelah majlis selesai semua pegawai dan kakitangan menjamu selera yang telah disediakan oleh KESAN.
Hari Keluarga KESAN 5 Julai 2011
Program tersebut diadakan bagi meraikan semua pegawai dan keluarga untuk merehatkan minda dan mengeratkan silaturahim di Sunway Carnival Sungai Petani Kedah. Seramai lebih kurang 100 peserta yang hadir bagi memeriahkan program yang dijalankan ini. Program bermula seawal 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang program ini dijalankan. Aktiviti yang disertai oleh dewasa mahupun sukan khas untuk kanak-kanak. Dan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta iaitu acara cabutan bertuah. Dimana acara ini dilakukan kepada semua pegawai KESAN bertimbal balas dan yang pastinya semua yang hadir akan mendapat habuan dan tidak akan pulang dengan tangan kosong. Secara keseluruhannya program tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.
Majlis Perpisahan Pegawai dan Kakitangan PDTDBD 10 April 2011
Majlis ini diadakan bagi mengucapkan terima kasih kepada mantan pegawai dan kakitangan PDTDBD iaitu Puan Asnah binti M. Yusoff kerana telah tamat berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama puluhan tahun setelah menerima penarafan pencen. Dan tahniah juga Encik Nazrul Ahmad atas jasa beliau di PDTDBD sepanjang tempoh beliau berkhidmat di jabatan ini. Semoga penempatan ditempat baru beliau akan bertambah maju dalam kerjaya yang beliau lakukan. Warga PDTDBD mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pegawai yang diraikan semoga sentiasa maju dan sukses dalam setiap bidang yang kalian ceburi.
Sambutan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Pejabatt Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya telah menyertai sambutan perarakan Maulidur Rasul yang telah diadakan di Butterworth Penang. Peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan lelaki sahaja. Segak bergaya dalam menghayunkan tangan ketika perarakan kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya sempena Maulidur Rasul ini. Peserta seramai lebih kurang 50 orang telah menamatkan perarakan tersebut dengan jayanya dan program tersebut berjalan dengan lancar.
Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul 2011
Ceramah agama bersempena dengan Maulidur Rasul diadakan pada 25 Februari 2011 Anjuran KESAN dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Barat Daya. Seramai lebih kurang 100 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam ceramah yang telah dilaksanakan. Penceramah di jemput khas oleh Pengerusi KESAN sendiri dari Sungai Petani. Program tersebut berlangsung lebih kurang dua jam bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dimana minuman petang disediakan kepada semua peserta yang hadir. Program ini telah berlangsung dengan jayanya.
Langgan:
Catatan (Atom)