Isnin, 24 Mei 2010

Majlis Gotong Royong Bubur As Syura

Sebagai langkah permulaan dalam Blog KESAN ini, ini adalah antara aktiviti yang dijalankan pada bulan Januari 2010 lepas. Aktiviti Gotong Royong Bubur AS-SYURA dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya. Ramai kakitangan PDTDBD yang memberi kerjasama semasa penyediaan bubur As Syura sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Ini adalah gambar-gambar yang di ambil semasa majlis berlangsung:

kaum wanita sibuk dalam penyediaan bahan-bahan untuk memasak


kaum lelaki sibuk mengacau bubur As Syura

Pengarah juga tidak ketinggalan dalam menjayakan majlis ini

menjamu selera setelah penat memasak

siap untuk diagihkan kepada semua orang di PDTDBD


p/s Kisah As Syura memang terdapat dalam pelbagai versi dan yang paling terkenal adalah kisah bagaimana Bahtera Nabi Nuh tersadai di satu bukit dan mereka memasak lebihan makanan yang tinggal sebagai makanan terakhir sebelum memulakan kehidupan baru.