Rabu, 14 Julai 2010

Sukan PETANDA #2

Kemeriahan sukan PETANDA yang berlangsung pada bulan April dan Mei lepas telah menaikkan lagi semangat kesukanan dikalangan staf-staf. Walaupun sukan bola sepak mendapat sambutan hebat tetapi tidak lupa juga kepada sukan dan permainan lain antaranya dart, congkak, boling, pingpong dan karom. berikut adalah gambar-gambar semasa perlawanan lepas:
KAROM

DART


CONGKAK

BOLING

Berakhirnya sukan PETANDA pada kali ini dengan kemeriahan dan semangat kesukanan dan perpaduan antara staf dan Pejabat Daerah bagi daerah lain. Syabas dan taniah diucapakan kepada pemenang.

PTG vs DBD

Sebelum ini perlawanan antara Pejabat Daerah DBD dan Pejabat Daerah SPU. Taniah buat pasukan yang menang.
Kali ini pasukan PTG dan DBD akan berentap. Perlawanan pada Mei 2010 dimana ianya berlangsung di Padang Sekolah Kongsi yang penuh dengan aksi yang menarik.














Selasa, 13 Julai 2010

Sukan PETANDA

Sukan PETANDA kembali lagi dimana ianya berlangsung sepanjang bulan April hingga Jun dimana terdapat pelbagai jenis sukan dipertandingkan antaranya bola sepak(sempena world cup-->Spain menang), catur, dart, carom, ping pong dan boling. Walaupun Piala Dunia baru saja berakhir tetapi semangat sukan bola sepak masih hangat. Berikut adalah gambar-gambar semasa perlawanan.

DBD vs SPU
















p/s--> Taniah buat pasukan yang menang..yang kalah berusaha lagi...

Isnin, 24 Mei 2010

Majlis Gotong Royong Bubur As Syura

Sebagai langkah permulaan dalam Blog KESAN ini, ini adalah antara aktiviti yang dijalankan pada bulan Januari 2010 lepas. Aktiviti Gotong Royong Bubur AS-SYURA dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya. Ramai kakitangan PDTDBD yang memberi kerjasama semasa penyediaan bubur As Syura sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Ini adalah gambar-gambar yang di ambil semasa majlis berlangsung:

kaum wanita sibuk dalam penyediaan bahan-bahan untuk memasak


kaum lelaki sibuk mengacau bubur As Syura

Pengarah juga tidak ketinggalan dalam menjayakan majlis ini

menjamu selera setelah penat memasak

siap untuk diagihkan kepada semua orang di PDTDBD


p/s Kisah As Syura memang terdapat dalam pelbagai versi dan yang paling terkenal adalah kisah bagaimana Bahtera Nabi Nuh tersadai di satu bukit dan mereka memasak lebihan makanan yang tinggal sebagai makanan terakhir sebelum memulakan kehidupan baru.

Khamis, 20 Mei 2010

Selamat Datang Ke KESAN PDTDBD


Selamat datang dan salam satu Malaysia kepada pengunjung Blog Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya ataupun dikenali sebagai KESANPDTDBD. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberitahu maklumat terkini kepada pengunjung blog tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Jabatan ini. Selain itu, ia juga diwujudkan untuk berkongsi aktiviti serta program yang dijalankan dengan Pejabat Daerah bagi cawangan lain.